Sunday, 7 August 2011

Agar- agar Marble

 Bahan-Bahan:
4 sudu besar tepung kastad
½ cawan susu cair
125 gmmentega
6 gelas air
1 bungkus agar-agar
5 biji telur
1 mangkuk kecil gula
Sedikit serbuk koko
 Cara:
Masak agar-agar dengan 6 gelas air sehingga mendidih. Bila telah hancur masukkan gula. Sementara menunggu gula hancur, boleh bancuhkan bahan-bahan untuk campuran agar-agar. Pukul telur dengan mentega sehingga kembang. Setelah itu masukkan susu cair dan tepung kastad sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Setelah itu tuangkan adunan ke dalam agar-agar tadi kemudian kacaukan hingga rata. Sesudah sebati dan kelihatan agak pekat bolehlah  diangkat dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu adunan dicampurkan dengan koko dan satu lagi tanpa warna. Masukkan ke dalam acuan berselang-seli kemudian sejukkan.          

sumber : http://muslimat-ampang.org/resepi/agar-agar-marble/

No comments:

Post a Comment