Monday, 8 August 2011

Puding Roti Berlapis Koktel


BAHAN-BAHANNYA:
 
PUDING:
  • 8 - 10 keping roti - dibuang kulit tepi
  • 80 gm mentega
  • 50 gm kismis
  • 100 gm buah pic
  • 100 gm buah koktel
  • 50 gm gula kastor
  • 3 biji telur
  • 3 cawan susu segar
SOS KASTAD:
  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepung kastad
  • 2 s/b gula
  • Sedikit pewarna oren
CARA-CARANYA:
 
PUDING:
  • Roti dipotong kepada 3 segi kecil.
  • Susun roti dalam bekas bersesuaian yang telah disapu sedikit mentega, taburkan kismis, fruit cocktail, buah pic dan sebahagian daripada gula.
  • Lebihan roti pula disapu dengan mentega pada kedua-dua bahagian roti.
  • Susun di atas buahan tadi dan taburkan lebihan gula.
  • Didalam bekas yang lain, pukul telur dan susu segar, kemudian tuang kedalam loyang perlahan-lahan.
  • Rehatkan selama 30 minit, kemudian baru dibakar selama 30 minit pada suhu 190c.
  • Bila puding masak, biarkan sejuk barulah dipotong.
SOS KASTAD:
  • Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan masak diatas api sederhana sambil dikacau sehingga mendidih dan nampak pekat, angkat dan sejukkan.
  • Tuang atas puding yang telah dipotong dan hidangkan.
sumber : http://inachomel.blogspot.com/2011/02/pudding-roti-berlapis-koktel.html

No comments:

Post a Comment