Monday, 8 August 2011

Puding Buih


Bahan-Bahan
  • 15g agar-agar
  • 3 cawan air
  • 3 biji putih telur
  • 150g gula pasir
  • ¼ sudu teh esen ros
  • ¼ sudu teh pewarna merah
Cara Memasak
  • Didihkan air dan masukkan agar-agar. Bila hancur, angkat dari api dan tapiskan.
  • Masukkan gula dan masak semula sehingga gula larut. Angkat dari api dan biar sejuk seketika.
  • Pukul putih telur sehingga kembang dan keras. Tuang agar-agar yang sejuk sedikit demi sedikit ke dalam adunan putih telur.
  • Masukkan esen ros dan pewarna merah. Pukul sehingga rata.
  • Tuangkan ke dalam acuan dan sejukkan.
Kuah Puding
  • 250g gula
  • 1 tin (410g) susu cair/sejat
  • Air sebanyak ½ tin susu
  • Sedikit esen vanila
  • Daun pandan – disimpul
Cara Memasak
  • Pukul bersama susu dan air. Tapis dan kemudian campurkannya bersama gula. Kacau sehingga sebati.
  • Masukkannya di dalam periuk bersama daun pandan dan masak di atas api kecil sehingga pekat. Kacau selalu supaya tidak bergentel.
  • Angkat dari api apabila sudah pekat dan tuangkan ke dalam mangkuk yang lain untuk disejukkan. Masukkan esen vanila
Cara Menghidangkan
  • Dihidang bersama satu tin buah koktail. Buah-buahan yang dibuang airnya boleh dituang ke atas agar-agar dan kuah puding. (Resipi drp Majlis Daerah Pekan)

sumber : http://myroyalpudding.blogspot.com/2010/06/puding-buih.html

No comments:

Post a Comment